Wednesday, August 5, 2009

Visit Kota Kinabalu (2006)

Assalamualaikum... Masa tak der keja kat opis aku pun gatal tangan buka laa fotopages lama aku. Belek punya belek terjumpa laa gambar cute isteri aku nie. Cute??? Cute ler tuu tengah mengandung kat Muhammad Khalil. So aku pun upload laa kat blog nie. Nak tau kenapa? Sebab aku sayang isteri aku ler. Tu yang utama tapi simboliknya adalah kenangan yang kekal abadi. Sekarang nie semua tuu tinggal kenangan. Masa tuu aku gi melawat sepupu aku kat sana. Dia cikgu. Mengajar kat Sek. Men. keb. Tenom, Sabah tapi sekarang ni sepupu aku pun dah berpindah balik ke semenanjung Februari lepas setelah 16 tahun berkhidmat disana. Tak ada lagi tempat nak menumpang kalau gi sana melainkan hotel kat situ. Hehehe...

Masa nie kesian kat isteri aku. Hari-hari mengadu sakit pinggang laa, sakit kaki laa, sakit lutut laa... Aku pula bawa dia gi jalan-jalan merata tempat. Dua minggu kami kat sana seluruh pelusuk kampung kami masuk. Memang pendalaman giler kat situ tapi memang best laa. Jauh beza dengan KL yang sibuk nie. Kat sana tenang dan aman jer. Bila naik kereta macam kitaorang jer ada kereta. Orang lain jalan kaki dengan naik bas jer. hehehe... Tapi semua tuu dah tinggal kenangan. Huhuhu... Layan jer laa 2,3 keping gambar yang aku upload nie.

18010652
Masa ni isteri aku muka macam budak-budak lagi. Ada yang tegur masa sebelum mengandungkan diaorang tanya 'adik' aku tingkatan berapa? Cam nak sepak jer diorang tuu... hehehe...

18010653
Tengah sarat mengandung kat Khalil... Berapa bulan tah... Nie bini aku punya mengidam. Mengidam nak gi Sabah... Anak kedua nia tak tau nak mengidam pi mana pulak... Jangan mintak nak gi Paris sudah... botak aku... hehehe...

18010651
Masa nie kat Rose Cabin Hotel. Kat Kundasang.

18010650
Nie pun sama. Kat Kundasang jugak...

Dah habis tengok gambar baca laa cerpen sepi aku nie... hehehe...

KISAH DARA DESA KESEPIAAN

Dari danau ke desa ku merantau mencari erti "CINTA" sebenar namun tatkala aku masih mencari aku terlupa akan kisah silamku yang bisa membuatku menangis dan tertawa di desa lama. Ku tempuhi segala onak dan duri kehidupan yang memeritkan namun hati kecil ku masih mengatakan "CINTA" itu ada di desa-desa ini... Sepanjang pengembaraan ku, tiada satupun "CINTA" yang dapat bertahta dihati ku. Adakah "CINTA" itu ada? Adakah benar? Pasti? Wujud? Ahhh... Sangat pedih untuk ku jawab namun aku percaya cakap nenek. Nenek pernah bilang, ujarnya... 'Dara, jika satu "CINTA" itu hilang maka berusahalah untuk kedua kalinya dan jika kedua kalinya pun hilang maka carilah "CINTA" yang seterusnya, jangan mudah putus asa'... dan ia terus berpantun,

Patah tumbuh hilang berganti,
Ibarat padi dengan merpati,
Lalang tinggi petani menanti,
Hilang satu harus dicari,
Pantun ini bukanlah ilusi,
Seharusnya "CINTA" itu pasti.

Puas... Sememangnya ku puas dan sabar mencari "CINTA". Aku harap, desa ini bisa menemukanku dengan "CINTA" idamanku. Pandanganku tiba-tiba tertoleh ke suatu sudut hujung sawah nenek. Tekun seorang petani tua menajak rumput tanpa menghiraukan panas yang sedang membakar kulit gelapnya. Walaupun dari pandangan belakang aku dapat meneka siapa orang tua itu. Kurus, tinggi, bertopi mengkuang, pelikat merah di pinggang dan berkulit gelap. Pak Akob... Ya... Semestinya Pak Akob. Tidak pernahku lihat orang tua tekun dan segagahnya. Pernah dicaci penduduk kampung kerana membiarkan lembu jantanya memasuki sawah arwah Wak Budin namun senyuman dan tutur katanya yang sopan dan penuh dengan budi bahasa membuatkan dia di puji Haji Ahmad Buang. Ketika itu, musim sawah sedang menghijau. Bukan setakat lembu, kalau orang pun dah tentu rakus meratah selera nafsunya. Ahhh kesian... teringat pula aku pada arwah isterinya yang menamatkan sisa-sisa hidupnya dengan penuh kedaifan harta tapi... Tuhan saja tahu segalanya... Budi bahasa, penyayang, lemah lembut dan sifat merendah dirinya membuatkan ramai kanak-kanak menyukainya walaupun hidup mereka tanpa cahaya mata.

Pandangan ku tersasar lagi, kali ini pada sawah padi yang sedang menghijau... Tenang, aman walaupun jam menunjukkan sudah hampir pukul 3 petang. Nun jauh disana, kelihatan awan berarak manja, sayu dan sugul. Hari ini dan semalam aku tempuhi dengan fikiran yang amat kusut. Esok, belum tentu lagi pokok pangkalnya... Aku ingin tamatkan zaman remajaku disini walaupun papa dan mami sering menjemputku pulang ke Osaka, Jepun. Hatiku disini... Jiwaku disini... "CINTAKU" juga disini... Aku sudah malas dan bosan hidup di negara orang walaupun hidupku di sana mewah dengan pelbagai hiburan yang meloyakan. Osaka??? teringat aku pada seorang lelaki jepun berkulit cerah, pendek dan bermata sepet. Petah berkata-kata tentang "CINTA" tapi "BUTA" dalam menilai wanita. Bagiku, dia seorang lelaki yang berpendirian tinggi dan mahir dalam bidang astronomi. Bercita-cita tinggi untuk mengkaji usia matahari dan bumi... Ahhhh... itu khayalan dia semata-mata. Orang Jepun memang begitu, bila berkata-kata dia saja yang betul. Orang lain semuanya salah... Menyampah... Mengingatkanku kembali kepada seorang pensyarah tinggi lampai dan berkaca mata. Tanaka Ogishima namanya. Salah seorang pensyarah yang aku amat sayang tapi bengis orangnya, mudah melenting dan sering melanggar perintah kolej.

Dari jauh kulihat sepasang murai singgah dipohon mangga nenek. Berkicau-kicau dan sayup-sayup kedengaran. Aku ingin bebas seperti mereka, terbang kesana kemari tanpa memikirkan tentang duniawi. tidak perlu fikir tentang hutang dan wang, tentang tanah dan rumah, tentang hidup dan mati... kerana... kerana... Kerana mereka tahu Tuhan telah menentukan segalanya untuk kita. Bila lapar makan saja dimana-mana tempat tanpa perlu bayar sesen pun. Alangkah bahagianya hidup ini jika dapat jadi begitu tapi aku juga bersyukur kerana dijadikan sebagai seorang manusia. Sebagai sebaik-baik hamba ciptaan Tuhan. Penglihatanku melayang lagi... Kali ini kupandang terus kehadapan... Jauh... Dan sejauh-jauhnya... Jauh dilubuk hatiku ini... Ahhhh sayunya...

Kehidupan... Begitulah yang dikatakan kehidupan... Hidup ini umpama roda... Kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Aku disini... Akan terus menanti "CINTA" yang kucari selama ini. "CINTA" yang kumaksudkan bukanlah sesama manusia tapi... "CINTAKU" pada ALLAH SWT. Hidup ini penuh dengan dosa dan maksiat. Apa yang ku cari adalah dimana Al-Ghazali? Dimana Al-Syafie?...
Ya Allah, Ampunilah segala dosa hambaMu ini... Sesungguhnya hambaMu ini banyak melakukan dosa kepadaMu... Temukanlah aku dengan jalan yang benar dan jalan yang Engkau redhai... Amin Ya'robbal'A'lamin... Sekian cerpen masa sepi dariku... memang sepi menunggu isteri aku buat 'over time'... Ahhh... 'tension'nya menunggu tapi aku sabar kerana isteriaku berjanji nak kongsi beli Apple mac book dengan aku... aku pasti bersabar... hehehe
"ROSHIDI ABU BAKAR" 5 Ogos 2009

1 comment:

  1. isteri nampak mcm awet muda je mesti la org nak tackle beb..hahaha

    ReplyDelete