Monday, August 3, 2009

Ayah

Ayah dan aktiviti mingguan.

Assalamualaikum… Entry kali ni mengesahkan rutin@hobi@kegemaran aku time balik kampung minggu lepas. Bukan sekadar minggu lepas malah pada minggu-minggu atau bulan-bulan yang lepas juga sama sahaja. Inilah hobi aku kalau tak pecaya tanya isteri aku... hehehe... Inilah yang diibaratkan dengan laut dan pantai atau aur dengan tebing atau seangkatan dengannya. Sememangnya tidak dapat dipisahkan hobi dengan aku walaupun dimana aku berada. Inilah aku dan cara hidup aku. Walaupun secara amnya mengambil gambar dengan nikon D80 bersama lens 80-200 f2.8 adalah hobi aku juga tetapi tak sama dengan hobi yang telah diasuh sejak 20 tahun yang lalu. Aku seorang budak kampung dan kegemaran aku adalah menangkap ikan tidak kira sama ada dengan menjala atau memukat kecuali memancing (tak suka memancing). Kegemarana aku ini adalah kesinambungan dari hobi ayah aku. Bukan sahaja dikampung aku melepaskan gian malah di KL juga sama. Cakap sahaja sungai mana yang aku tidak masuk, sungai Bukit Jalil, sungai Puchong (area Bukit Puchong), Cheras, Kajang, Meru dan yang paling best sungai area Sepang (banyak ikan haruan). Busuk belakang cerita janji puas yang aku dapat. Itulah yang dikatakan manusia, apa saja kehendak dan kemahuannya tentu dia akan capai. Kalau bab mengaji dan sembahyang liat pulak... hehehe… orang lain, bukan aku tauuu... Kalau di kampung aku suka memukat saja tapi berlainan kalau di KL. Jika di KL aku lebih gemar menjala. Selalu juga aku menjala di sungai belakang Komuter Bukit Jalil. Ramai orang ushar aku dari atas komuter. Masing-masing jakun saja melihat gelagat aku ataupun aku yang jakun melihat gelagat diaorang aku pun tak tahu mana satu betul. Hehehe… Sahabat yang sering menemani aku melepaskan gian adalah si Nek. Budak opis aku. Dia jugak orang kampung macam aku. Masing-masing cari ‘port’ kat KL nie melepaskan gian. Dia budak Jengka 20, Pahang.
Sejak dari kecik aku sudah didedahkan dengan hobi yang seperti ini. Siapa yang ajar??? Tengok saja ler gambar dia kat bawah nanti. Dia yang selalu mengajar aku tentang semua ni waktu aku kecil-kecil dulu. Kemana saja dia pergi menjala atau memukat tentu akulah orangnya yang berada di kusyen belakang motor c70 nya. Masa tu dia memang ketagih giler bab-bab cari ikan ni tapi sekarang, bila balik kampung saja mesti dia pula yang duduk di kusyen belakang motor aku. Aku pula yang bawa dia pergi kemana saja melepaskan gian aku pula. Itu laa… siapa suruh ajar aku terjerumus ke lembah hobi yang macam ni. Dialah lelaki yang bergelar Ayah. Dialah segala-galanya bagi aku. Sebab itulah aku sanggup menghabiskan duit dan masa untuk pulang ke kampung setiap dua minggu atau sebulan sekali. Dialah yang mengajar aku tentang 1001 ragam dalam kehidupan ini. Dialah orang yang sanggup menggadai nyawa untuk membesarkan aku sampai bulat macam nie. Dialah juga yang sanggup menggadai nyawa mencari rezeki untuk kami sekeluarga dimana suatu masa dahulu dia pernah koma hampir dua bulan dan terlantar di Hospital Alor Star. Sebab apa??? Sebab nak membesarkan 6 orang anaknya. Dia kemalangan ketika melintas jalan dengan motor c70 nya untuk kesawah seawal jam 6 pagi. Pengorbanan seorang ayah terhadap anak-anaknya yang tiada tandingannya setakat ini. Mungkin 10% dari pengorbanannya belum dapat aku bayar. Oh Tuhanku, tabahkan hatiku untuk aku terus menulis sehingga ke noktah yang terakhir. Bukan niat aku untuk mengenang kisah silam tetapi hati aku yang bersemangat untuk menulis buat tatapan anak cucu aku. Aku berasa berdosa kepada ayah kerana berada jauh disisinya sekarang ini. Sewaktu aku kecil dahulu tidak pernah sekalipun dia berada jauh dari aku malah akulah penemannya kemana sahaja dia pergi. Membiarkan aku tergapai keseorangan tanpa hala tuju tidak sekali. Dari aku tadika sehingga ke darjah satu dan seterusnya ke darjah empat, seingat aku dialah orang tua yang menghantar dan menjemput aku kesekolah dengan c70 nya. Dia tidak pernah membiarkan aku tidak makan disekolah. Dialah yang memberikan aku wang saku. Tapi sekarang??? Cukupkah dengan RM100 sebulan yang aku kasi dan kekadang tuu ter’miss’ juga 2,3 bulan. Adakah dia pernah meminta wang tersebut dari aku??? Tidak sekali... Kalau dahulu akulah yang sering meminta wang daripadanya. Binatanglah aku jika tidak mengenang jasa beliau. Kini aku sedar yang beliau sudah lama hidup dan menempuh sejuta onak dan duri dalam hidupnya. Aku??? Aku akan sentiasa berada dihatinya walaupun aku berada jauh darinya.

Seingat aku, ada suatu cerita yang tentu menitiskan air mata sekiranya aku mengingatinya. Cerita yang tidak mungkin akan padam dalam ingatan aku walaupun sesaat. Akan aku ingat sehingga ke nafasku yang terakhir. Suatu ketika, ketika aku sekolah rendah dan bersekolah disebelah petang. Aku bersiap-siap untuk kesekolah. Ibu menghidangkan makanan untuk aku jamah sebelum kesekolah. Walaupun hanya berlaukkan telur goreng separuh masak bersama kicap masin cap bunga raya dan nasi yang sedang panas-panas sudah cukup bagi aku mengisi perut untuk seharian. Tidak pernah aku meminta lauk yang mewah-mewah. Waktu itu kasih sayang dan belaian manja kedua ibu bapaku sudah cukup sempurna. Hari itu juga adalah hari ‘guru bertemu ibu bapa’ untuk sign report card. Ibu bapa yang datang awal kesekolah maka anaknya bolehlah pulang awal ke rumah. Aku sudah pun menunggang basikal ke sekolah bersendirian ketika itu. Sebelum ke sekolah hari itu aku perlu menemui ayah aku terlebih dahulu untuk memaklumkan supaya hadir ke sekolah pada hari itu kerana ayah aku keluar seawal pagi sebelum aku bangun tidur untuk ke sawah. Waktu itu hidup kami agak susah. Ayah mengambil upah mengerjakan sawah salah seorang sahabatnya yang berbangsa cina. Ah Hong namanya. Aku mengayuh basikal ke sawah dengan berbaju sekolah putih untuk memberitahu ayah aku tentang hal tersebut. Dari jauh kelihatan ayah sedang berada nun jauh di tengah sawah ditemani terik mentari. Aku menanggil ayah dengan suara yang nyaring diikuti dengan lambaian tangan. Melihat aku berbaju sekolah ayah lantas menemui aku. Kesian… aku dapat rasakan dia teramat letih ketika itu. Dia berjalan menyusuri lumpur paras betis untuk sampai kepada aku. Ya Allah, tabahkan hati aku untuk menulis sehingga ke noktah terakhir walaupun air mata ini sudah membasahi pipi. Aku melihat ayah dengan penuh rasa kasih dan sayang. Kesian dia ditengah terik mentari terpaksa membanting tulang untuk mencari sesuap nasi kami sekeluarga. Patutlah aku sering melihat panau dibelakangnya. Jika panas terik sebegini dengan peluh yang membasahi baju manakan panau tidak menyinggah dibelakangnya. Ya Allah, besar sungguh pengorbanan ayah terhadap aku dan keluarga. Lumpur penuh melekat seluruh pakaian ayah sehinggakan ke muka. Aku memberitahu tujuan aku berjumpanya. Dia berjanji akan hadir kesekolah secepat mungkin setelah dia selesai kerjanya. Dia mengesat tangannya yang penuh dengan lumpur pada daun pisang kering di sebelahnya lantas menghulurkan syiling 50sen kepada aku untuk bekalan kesekolah. Aku menghulur tangan untuk bersalam dan menambil wang pemberiannya dan terus beredar untuk kesekolah sambil mengingati pesan ayah supaya berhati-hati kesokolah. Waktu itu jam ditangan aku menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Aku meneruskan kayuhan ke sekolah seorang diri sambil memikirkan nasib kami sekeluarga.

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Sudah ramai kawan-kawan aku dijemput pulang oleh ibu bapa mereka. Aku masih menanti ketibaan ayah aku dengan penuh harapan. Seorang demi seorang pelajar pulang bersama warisnya. Aku masih berada ditepi tingkap menanti janji-janji ayah aku. Hanya 5 orang berbaki dari 38 orang pelajar di dalam kelas aku. Jam sudah hampir pukul 5.30 petang. Aku semakin risau dan pelajar lain turut sama. Aku masih ingat cikgu Mat Saad guru kelas aku pada tahun itu. Dia masih memberikan harapan pada kami bahawa ibu bapa kami akan datang untuk menjemput kami. Tiba-tiba aku terdengar deruan motor c70 ayah aku. Lantas aku berlari ke tingkap. Ya betul… ayah aku sudah sampai untuk bertemu guru kelas aku dan menjemput aku. Dia menongkat motornya dan terus masuk kedalam kelas. “Maaflah cikgu, saya lambat sikit… saya ada hal tadi”. Cikgu Mat Saad seolah-olah memahami situasi ayah aku pada masa itu. Tahu kenapa??? Dengan berpakaian sawah serta lumpur penuh dari seluar hingga ke muka. Dengan bau peluh yang amat kuat. Pada masa yang sama ramai juga waris kawan-kawan yang lain turut sampai. Ayah tunduk seolah-olah malu akan pakaiannya yang kotor berbanding waris pelajar lain yang ibu bapa mereka baru pulang dari pejabat. Semua waris pelajar lain memandang ayah aku namun mereka semua menegur serta bersalaman dengan ayah aku seolah-olah tiada apa yang berlaku pada masa itu. Mereka juga memahami situasi ayah aku pada masa itu. Itulah pengorbanan seorang ayah. Akan aku ingat cerita ini sehingga ke nafasku yang terakhir. Begitulah seorang ayah yang menepati janji nya. Jika sekarang??? Sanggup anda mengaku ayah jika ia datang kepejabat anda dengan berpakaian sebegitu. Tapi ayah dan ibu tidak pernah sesekali menghampakan permintaan anaknya walaupun dia tahu bahawa dia malu keadaannya ketika itu tapi dia tetap mengotakan janjinya demi anak-anaknya. Ayah sekali lagi meminta maaf kepada cikgu Mat Saad kerana dia berpakaian sebegitu datang untuk berjumpa cikgu. Cikgu Mat Saad adalah seorang cikgu yang amat baik bagi aku. Dia meminta aku tampil kehadapan bersama ayah aku dan duduk seiringan. Dia menceritakan segala perihal pelajaran aku kepada ayah aku. Ayah menoleh kepada aku lantas memberikan satu senyuman manis. Aku membalas senyumannya itu dengan hati yang amat gembira. Pada masa itu akulah pelajar yang pulang paling akhir dan jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Akulah pelajar terbaik dalam kelas itu pada tahun itu jelas cikgu Mat Saad. Aku tidak pernah malu dengan apa yang telah terjadi pada masa itu dan selamanya. Aku tidak pernah malu untuk mengaku kedua ibu bapaku walaupun apa jua keadaan sekalipun. Pengorbanan yang mereka berikan tidak mampu dibalas dengan wang ringgit mahupun selautan air mata dan segunungan emas. Jadilah kita yang sebenarnya. Jadilah manusia yang sebenar-benar manusia dan jangan jadi manusia yang bertopengkan syaitan. Aku mohon ampun dan maaf sekiranya coretan aku kali ini menyingung perasaan orang lain mahupun mengalirkan air mata anda sekalian. Itulah aku Roshidi Abu Bakar. Aku sanggup lakukan apa saja demi kedua ibubapa aku selagi tidak melanggar hukum Allah SWT. Sekian saja buat kali ini. Wassalam...

Sekolah Kebangsaan Alor Janggus
Tahun 1993
Darjah 4
**Setahun selepas itu (4/6/1994) ayah aku kemalangan jalanraya. Saat hidup aku hancur dan pelajaran aku terjejas teruk**

**Setahun selepas itu juga aku mendengar khabar berita bahawa Cikgu Mat Saad meninggal dunia akibat dipatuk ular kapak ketika dia membersihkan kebunnya.**

Inilah aku dan perjalanan hidup aku...


ay2

alam-1

alam-5

ay13

ay12

ay9

ay10

ay6

ay8

ay11

ay3

ay1

ay7

ay5

7 comments:

  1. Maaa ceh... hehehe... sama ler... gambar kat blog awak pun lawa gak...

    ReplyDelete
  2. nice pic...leh ajar saya x?guna lens pe?

    ReplyDelete
  3. Alimin... nak suruh ajar??? boleh tak der hal... pakai lens biasa jer... tokina 12-24

    ReplyDelete
  4. fuh...lens hebat 2...super wide...xterbeli saya...gmbr kt sungai 2 bro pakai f/ bape n shutter speed bape?

    ReplyDelete
  5. Alimin : Biasa jer lens tuu... murah jer... kat sungai tuu pakai f7.1 shutter 800 tapi cuaca petang kuning skit... jaga2...

    ReplyDelete
  6. nice pics bro..
    keep up the good jobs..

    ReplyDelete