Tuesday, July 7, 2009

Kampung...















Sambil-sambil tengok gambar kambing tengah makan daun pisang tuu baca ler cerita ni buat tatapan sahabat yang sekian lama kita tak jumpa atau ingatlah kenangan bersama sahabat yang telah kembali ke rahmatullah.

Cerita seorang sahabat.

Pejam celik, pejam celik jer dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat enam tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! Zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah,
Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka- sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hariraya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! Mati pun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim Cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih
sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat
menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2007! Raiz terpelangah. "Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak! Kalau dia takde,
sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau
tenang dan aman di sana.

jiwa penuh kerinduan...





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca blog yang sangat... sangat... sangat budiman...

Jiwa penuh kerinduan... itulah gambaran raut wajah Si Khalil yang berpisah dengan ibunya buat seminggu nie. Ibu Si Khalil nie (merangkap bini aku ler) kena pegi kursus plak kat Pulau Pangkor seminggu. Naper laa diaorg nie buat kursus jauh2 macam ler kat area PJ nie tak de tempat best2. Jangan marah yer wahai bos bini aku. Aku gurau jer... So, apa lagi... Akulah ayah dan akulah ibu. Baru hari nie aku tahu betapa besar dan beratnya tanggungjawab seorang ibu menjaga serta mendidik anaknya. Teringat aku kat mak aku... hua... hua... hua... Macam mana ler yer mak aku besarkan aku dulu2... Parut kat badan dah cukup membuktikan yang aku nie memang 'hero'(baik sikit dari hantu jer). Cakap jer parut kat mana aku tak der? lutut, paha, betis... kepala tak yah cakap ler... bersepah... cuma parut kat muka jer kena jerawat. Hehehe... Kerana parut jerawat tuu ler yang membuatkan aku hensem sampai ke hari nie. Tapi pendek kata aku memang buat 'buas tahap gaban' ler. Si Khalil nie kira sopan lagi ler. Walaupun aku nie buas tapi mak aku tetap sabar memelihara aku dengan penuh kasih sayang sampai ler hari nie walaupun aku dah ada anak (nak masuk 2 dah). Sifat seorang ibu yang dikurniakan Allah SWT sebagai seorang yang penyabar serta penyayang membuatkan si anak akan ingat jasa ibunya sampai mati. Bila aku ingat balik jasa ibu aku rasanya sampai sekarang aku belum dapat balas walaupun aku tahu yang ibu aku tak mahu akan balasan. Ibu aku bukan nyer tak garang, garang gak... kena rotan tu biasa ler. Cakap jer rotan jenis apa aku tak penah kena... Paip getah, ranting pokok... tapi klau mak aku tak buat cam tu tak tau plak aku jadi aper skarang nie. Mungkin alif ba ta pun aku tak kenal rasanya. Klau dia suruh gi mengaji ler aku paling liat sebab time mengaji tuu petang. Kul 3-6 petang plak tu. Time cerita Suria perkasa hitam, gaban, ultraman, ninja turtle sedang rancak berperang. Bila sampai jer umah tok guru anak dia plak dok tengok kat dalam bilik. Kitaorang apa lagi, roket ler gi umah mamber aku sorang lagi. Sedang asyik tengok si ninja turtle lima ekor nie menyelamatkan ibu kota negaranya dari diserang... terasa panas jer telinga aku kena tarik ngan ibu aku. Apa lagi sampai umah ler baru lepas. Tak abis disitu jer, sambung lagi dengan bebelan yang bertubi-tubi sehingga memakan masa hampir setengah jam. Lastly, mak aku nangis... Kenangan ni ler yang aku ingat sampai hari ni dan InsyaAllah sampai bila2... Opppssss... Khalil dah bunyi suara tuu. Nak susu kot. Pendek kata 'Besar sungguh pengorbanan seorang ibu' Setakat ni dulu karangan darjah 6 aku. Wassalam...

Wednesday, July 1, 2009

Senyum tangis petani...



Assalamualaiku... Aku rasa ramai yang jarang naik mesin padi nie. Tapi kebetulan balik kampung hari tu aku sempat gak layan budak2 naik mesin padi. Last aku naik mesin padi nie kalo tak silap aku 15 tahun dulu. Layan bebbb... Sebelum tuu baca laa artikel nie dulu...

Wajah ketika tidur.

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak 'polos' dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampakwajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kitalancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan. Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah untuk..
KITA.....
Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jikaesok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ...

Renung-renungkanlah...

Tuesday, June 30, 2009

Main-main...







Cerita ini adalah dari email seorang kawan aku.
(Mungkin cerita ini adalah rekaan semata-mata atau benar-benar berlaku)
Wallahhualam...

Secebis kisah buat si ayah

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri
dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa! Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak
dengar," Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

"Buku baru ya?"
saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.

"Bolehlah Papa...sekejap saja. Ceritanya sedap." Rengek Serena enggan mengalah.

" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca..."

"Mama basuh pinggan. Alaaa..bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI..!!!" Tak reti bahasa ke? Pergi sana !!!!" saya jerkah.
permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak
menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu
dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh
ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara,

"Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,
dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,
Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak
lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.



"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
tersenyum.

"Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.

"Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam.. Saya terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!..katanya.

Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.
tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi
suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
Mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila
pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai di ribaan
seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya,
masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
hatinya.


"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya
Dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu
nafasnya tersekat-sekat.

"Papa..Mama. .Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang…

Mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil
membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di
bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk Hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan
diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi
katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.

Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak
dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya,
saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.

Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Serena, sementara
isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan
kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.

Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa.. nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau
setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Black and White





Berhenti sekejat dan senyum seketika

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya....?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Ayat KONFLIK melayu-Jepun
Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, INFLASI, PPSMI dan gossip sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – RIKIYA SAYORI

03. Yang suka layan blues - APOLO NADIKATO

04. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

05. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

06. Yang bisu - KIETA TADASORA

07. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SOSAHATIE BINELARI

13. Yang suka merempit - SAJA CHARIMATI

14. Yang suka mengular – KAZUHERO OSAWA

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

HE HE HE…ADE KE NAME CAM 2?


p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Tetiba jaa minat aku bertambah pada binatang kecil ciptaan Allah SWT












Rehatkan sekejap mata anda yang sedang asyik memerhati haiwan kecil tuu jer dengan membaca 'kisah benar' mamat nie kejap....

"Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huahaha..ha. .ha..


Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...
Sudah... sudah... teruskan meneliti haiwan kecil aku nie... Jgn marah yer...