Tuesday, June 30, 2009

Black and White





Berhenti sekejat dan senyum seketika

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya....?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Ayat KONFLIK melayu-Jepun
Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, INFLASI, PPSMI dan gossip sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – RIKIYA SAYORI

03. Yang suka layan blues - APOLO NADIKATO

04. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

05. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

06. Yang bisu - KIETA TADASORA

07. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SOSAHATIE BINELARI

13. Yang suka merempit - SAJA CHARIMATI

14. Yang suka mengular – KAZUHERO OSAWA

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

HE HE HE…ADE KE NAME CAM 2?


p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Tetiba jaa minat aku bertambah pada binatang kecil ciptaan Allah SWT












Rehatkan sekejap mata anda yang sedang asyik memerhati haiwan kecil tuu jer dengan membaca 'kisah benar' mamat nie kejap....

"Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huahaha..ha. .ha..


Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...
Sudah... sudah... teruskan meneliti haiwan kecil aku nie... Jgn marah yer...











Tuesday, May 12, 2009

M. Khalil dan umrah Part 1







Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi setelah selesai melakukan ibadat umrah alangkah lega rasanya. Perkara yang paling membimbangkan aku dan isteri (Azah) adalah Si Khalil nie. Takut dan bimbang dengan perangainya yang masyaAllah boleh 'tahan' tuu tapi dengan izin Allah SWT dia memang seorang budak yang baik di sana. Bukan maksud aku nak menceritakan yang kelakunya di Malaysia teruk sangat.. takkk... Cuma nak bagi tau yang dia kat Malaysia ni manja sangatttt. Bila keluar nak didukungnya, bila dimarah merajuk dan macam2 lagi perangai yang selalu sangat dilalui time2 umur macam dia nie. Bila sampai jer di Madinah pada mulanya aku pun terkejut dengan perubahan sikapnya. Ceeewahhh... kena puji laa pulak Si Khalil nie tapi betul perkara nie benar2 berlaku. Aku teramat yakin bahawa ini semua adalah dengan ketentuan Allah SWT. Sebelum pergi menjejakkan kaki ke Tanah Suci aku selalu berdoa agar Si Khalil nie baik perangainya. Alhamdulillah semua itu termakbul. Ketika dalam perjalanan dari Airport Jeddah ke Madinah dia tidur sepanjang perjalanan. Ketika tu pukul 1 pagi kalau tak silap aku. Dalam hati aku tak henti2 berdoa agar Si Khalil ni tak bangun takut gak nanti dia buat bising plak kat dalam bas tuu kacau aku dibuatnya tapi Alhamdulillah semuanya selamat cuma dia terbangu sekejap pasal si driver arab tuu pi tutup aircond bas. Panaslah Si Khalil nie pastu dia dh mula menangis. Ramai gak jemaah lain yang bangun pasal panas dan nasiblah Si Khalil nie menangis. Oleh kerana dengan kelantangan suara Si Khalil tahap 'gaban' tu la membuatkan si driver arab tu tau kata panas. Dah jadi hero Si Khalil time tuu. Kembang arrr time tuu kena puji. Bukan Khalil tapi aku arr sebab aku yang riba Khalil. Hahaha. Sambung the next entry..

Ngantuk laa esok nak keja plak... Wassalam...

M.Khalil dan Waseem