Tuesday, May 12, 2009

M. Khalil dan umrah Part 1







Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi setelah selesai melakukan ibadat umrah alangkah lega rasanya. Perkara yang paling membimbangkan aku dan isteri (Azah) adalah Si Khalil nie. Takut dan bimbang dengan perangainya yang masyaAllah boleh 'tahan' tuu tapi dengan izin Allah SWT dia memang seorang budak yang baik di sana. Bukan maksud aku nak menceritakan yang kelakunya di Malaysia teruk sangat.. takkk... Cuma nak bagi tau yang dia kat Malaysia ni manja sangatttt. Bila keluar nak didukungnya, bila dimarah merajuk dan macam2 lagi perangai yang selalu sangat dilalui time2 umur macam dia nie. Bila sampai jer di Madinah pada mulanya aku pun terkejut dengan perubahan sikapnya. Ceeewahhh... kena puji laa pulak Si Khalil nie tapi betul perkara nie benar2 berlaku. Aku teramat yakin bahawa ini semua adalah dengan ketentuan Allah SWT. Sebelum pergi menjejakkan kaki ke Tanah Suci aku selalu berdoa agar Si Khalil nie baik perangainya. Alhamdulillah semua itu termakbul. Ketika dalam perjalanan dari Airport Jeddah ke Madinah dia tidur sepanjang perjalanan. Ketika tu pukul 1 pagi kalau tak silap aku. Dalam hati aku tak henti2 berdoa agar Si Khalil ni tak bangun takut gak nanti dia buat bising plak kat dalam bas tuu kacau aku dibuatnya tapi Alhamdulillah semuanya selamat cuma dia terbangu sekejap pasal si driver arab tuu pi tutup aircond bas. Panaslah Si Khalil nie pastu dia dh mula menangis. Ramai gak jemaah lain yang bangun pasal panas dan nasiblah Si Khalil nie menangis. Oleh kerana dengan kelantangan suara Si Khalil tahap 'gaban' tu la membuatkan si driver arab tu tau kata panas. Dah jadi hero Si Khalil time tuu. Kembang arrr time tuu kena puji. Bukan Khalil tapi aku arr sebab aku yang riba Khalil. Hahaha. Sambung the next entry..

Ngantuk laa esok nak keja plak... Wassalam...

1 comment:

  1. ala bucuk2 si khalil ni..
    jgn lari dahsyat2 sgt,
    satgi jatuh telentang.
    ala2 si waseem lak!
    :]

    ReplyDelete