Wednesday, July 29, 2009

Khalil balik kampung

On the way balik Kedah merata tempat kami berhenti... Setiap kali berhenti jer tentu Khalil menggamuk nak turun juga. Berhenti isi minyak pun nak turun... Itulah yang dikatakan budak-budak. Ehh.. kanak-kanak ke budak-budak??? apa-apalah janji anda faham apa yang aku maksudkan. Mungkin aku dulu lebih teruk dari ni. mana tau kan? Tak per, nanti aku tanya mak aku. Kalo dah mengamuk tuu tak ingat dunia. Habis semua benda dibalingnya dan yang paling aku geram kalo tengah pegang enset. Senyum jer laa time tuu. Kalo marah pun tak guna. So untuk meredakan keadaan time dia marah kat dalam keta ari tuu aku pun berhenti ler kat hentian apa tah. Tak der nama rasanyer. Hentian selepas 'bekas' tol jelapang dari arah Ipoh ke Sg Perak. Memang cantik tempat tuu coz tak der orang singgah disebabkan lokasinya di tengah-tengah kenderaan sedang memanjat bukit. Saja jer aku berhenti kat situ coz sepanjang 6 tahun aku tinggal di Kl dan beratus kali aku berulang alik dari Kedah-KL tak penah sekali pun aku berhenti kat situ. Nie laa kali pertama. Permandangan tak payah cerita laa memang layan emosi habissss tetapi oleh kerana dok jaga Khalil tak sempat laa nak feeling... hehehe... ok laa... Wassalam...

k13
Si Khalil yang comeiiii...

k6
Jom arr main... Tak best arr main sorang-sorang... (Macam tuu arr lebih kurang bunyinya dia ajak aku lari-lari)

k10
1...2...3 lepas...

k1
'Wowww...' (Cam tuu laa bunyinya bila dgr traler lalu)

k12
Saja je aku besarkan gambar ni. Aku nampak cam best jer...

k11
Time ni Khalil tengah berkawad. Dia nampak trak army lalu... hehehe... kelakor giler time nie...

k9
Aku suruh dia ambik daun kering... pastu...

k7
Pastu aku suruh dia baling kat lens kamera aku tapi kat atas kepala plak dia baling. Dasar budak belum sekolah...

k8
1,2... 3... Hoorey...

k2
Lari... mengejar cita-cita yang diimpikan...

k3
Kembali... bersama kegembiraan dan kejayaan yang dicapai...

k14
Pastu??? pegi kat ibu dia. Aku ingat nak datang kat aku. Itulah kanak-kanak... Sedangkan dia yang masih mentah tahu dimana letaknya SYURGAnya... Apatah lagi kita yang dah berumur nie. Sayangilah ibu anda kerana SYURGA itu di telapak kaki ibu.

k4
Kasih ibu juga membawa ke SYURGA sebab tu aku 2 atau 3 minggu sekali mesti balik kampung. Sebab??? Nak jumpa mak ayah aku ler... Alor Star-PJ dah macam Shah Alam-PJ... Aku bangga dapat isteri yang memahami hati dan perasaan aku. PJ-Muar pun sama. Dah macam Shah Alam-Klang... hehehe... Sudah ditakdirkan Allah SWT jodoh kami Utara Selatan. Namun, aku teramat bahagia dengan semua ini.

k15
Time nie Khalil seronok tahap gaban... hehehe... Masuk keta terus tido.

k5
Gambar ni pun sama. Sajer jaa aku besarkan... Cam hensem jaa aku tengok...

Taken with Sony Ericsson K800i

Assalamualaikum... Firstly minta maaf ler yer gambar kureng cantik coz snap pakai Sony Ericsson K800i jer... Nak bawa D80 takut kena rempas ngan 'jaga' plak... Apapun, Layan jer laa gambar nie...
Masjid Nabawi
mb1
Masjid Nabawi lebih kurang kul 10 malam.

mh11
Time ni hari pertama sampai kat Madinah. Khalil pun masih 'mamai-mamai' lagi dengan perubahan waktu. Gi solat kat Masjid Nabawi pun kena bergilir jaga dia so gambar kat atas ni 'syif' aku jaga la dan isteri aku gi solat. Khalil baru jer lepas nangis tuu. Cari ibu dia tak de. Buka jer citer Upin&Ipin terus diam... Nasib baik dia diam kalo tak jenuh nak gi cari ibu ganti kat Madinah nie... hehehehe...

Gambar kat Madinah ada 2 keping nie jer snap pakai Sony Ericsson K800i. Shoot pakai D80 ada banyak laa tapi next entry laa aku upload. Tetiba jer semalam gatal tangan 'tranfer' gambar kat dalam enset ke pc. Ada ler 2,3 keping yg aku upload nie jer boleh pakai pun. Gambar yang lain 'hancooos'... kalo ada sebarang isu untuk dikutukkan sila ke 'comment' kat bawah nie... hehehe...

Masjid Haram

mh10
Betul-betul berhadapan dengan Hajarul Aswad.

mh5
Time nie panas. Lepas zohor rasanya... Boleh tahan panasnya...

mh8
Masjid Haram sebelah tepi.

mh6
Dalam Masjid Haram. Kopiah cap 'Bukit Raya'

mh7
Saie Safa ke Marwah. 7 kali ulang alik jer tapi kalo buat umrah tiap2 hari sepanjang 2 minggu di Mekah InsyaAllah kurus.

mh16
Dapat gula-gula strawberi bentuk 'LOVE' dari awek arab. MasyaAllah comel betoiii awek tuu. Betul tak tipu. Aku rasa dia salah bagi kot. Dia nak bagi kat aku tu tapi dia malu... hehehe...

mh13
Depan Hajarul Aswad lagi...

mh15
Tawaf lepas Zohor.

mh12
Boleh tengok sendiri berapa ramai orang tengah saie. Padat...

mh1
Dahaga??? Jom kita minummm dulu...

mh2
Dalam Masjid Haram. Belakang tuu ibu Khalil merangkap isteri aku.

mh4
Biar mulut comot, bukan baju kotor... Itu prinsip Khalil... Makan gula-gula pakai gelas. Aku ajar??? tak ahh... Pandai sendiri kot... hehehe...

mh14
Jangan ketawa... Part ni cam cerita "Fast n Furios" (Tul tak ejaan tu??) ngan anak dia baru lepas rompak bank... hehehe... Baju kena tinggal kat bank takut nanti anjing dapat kesan... hehehe... Ada ke jalan cerita "Fast n Furios" cam nie??? Tah...

mh3
"Jangan arr ambik gambar Khalil... malu arrr... Botak lagi nie... nanti rambut dah panjang ambik arr... tau pun daddy photographer pun..." (Kira cam tuu arr dialog dia)


Buat tatapan semua... Layan jer laa gambar tangkap pakai kamera enset nie. InsyaAllah lain kali aku upload gambar lain pulak. 'Comment' yer... Jangan tak 'comment'... Salamun'alaik.

Monday, July 27, 2009

Transit di Karachi, Pakistan

Sebelum mendarat di Airport Karachi, Pakistan

Ustaz mana tah dok posing kat atas flight tuu... Cover laa sket misai jarang tuu...

Khalil sedang nyenyak tidur dibuai mimpi peramugari Pakistan Airlines tengah dukung dia... Jelous aku... hehehe

Tidur dengan penuh keimanan...

Tengah layan Upin&Ipin kat Airport Karachi. Tak larat aku nak charge portable DVD dia tuu...

Muka tak der perasan... Tgk citer kelakar pun muka serius... Khalil, Khalil...

harapan dan impianku...

Sedar tak sedar dah hampir dua bulan lebih aku gi umrah. Gambar baru jer nak upload kat blog. Bukan kerana ke'busy'an aku tak penah lekat kat rumah setiap ujung minggu nak edit gambar tapi kerana sifat 'malu' atau lebih sinonim lagi orang Kedah kata 'segan' yang sering meruntun jiwa aku untuk mempamerkan gambar-gambar aku ni. Tetapi perasaan 'ingin mencuba' itu masih menebal dalam diri ni. Ditambah lagi apabila aku gi jumpa sahabat blogger iaitu Lotpi Lokman pada ujung minggu lepas di rumah bapa mertuanya di Kubur Panjang, Kedah. Perasaan rindu pada Masjid Haram semakin mendalam lepas jumpa dia. Teringat jer setiap detik dan waktu yang aku habiskan di Tanah Suci Mekah. Dua minggu seperti dua jam jer berada disana. Tempat yang sibuk, bising dan panas tapi PALING tenang yang penah aku jumpa. Tempat yang aku akan pergi tiap-tiap tahun. InsyaAllah dengan izinNya. Balik jer dari jumpa Lotpi terus aku cari gambar2 kat Mekah hari tuu dan memberanikan diri untuk upload kat blog nie. Kekadang tuu terpikir gak takut2 nanti orang kata nak menunjuk-nunjuk pulak kat blog atau sebagainya. Tetapi...
Setelah aku pikir dan pikir lagi... tanya ustaz dan tanya ustaz lagi... lagi.. lagi... akhirnya aku memberanikan diri untuk upload gambar2 nie. Lepas nie mungkin banyak lagi aku nak upload gambar termasuk laa gambar wedding yg telah aku ambik atas dasar dan alasan 'NIAT'. Niat aku bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan gambar-gambar menarik bersama 'Senior-Senior Photographer' yang lain. Aku sedia menerima sebarang kritikan2 yang membina demi penambahbaikan hasil kerja aku yang tak seberapa ni... hehehe... Dah hampir dua tahun aku menceburi bidang photographer tambah-tambah lagi wedding photographer yang menjadi sebahagian dari periuk nasi aku tapi jarang sekali aku upload kat blog. Kali ini hati dan jiwa aku terpanggil untuk upload semua ni. Berilah sedikit sebanyak komen dan pendapat untuk aku memperbaiki hasil kerja aku. InsyaAllah...

Thursday, July 16, 2009

ADAKAH ANDA TAHU?

Adakah anda tahu?

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk-pendudukny a.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

31. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8 kan? dan anda pasti mengira soalan no 11 dengan menggunakan kalkulator dan jawapannya adalah BETUL bukan?

kekekekeee...!!! OK dah pegi buat keja....

Paku di dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Nak KAYA ker???

Sewaktu sorang si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya," Anak nak ke mana?". Si mamat menjawab ringkas, "KL" Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Sambil dalam fikiranya memikirkan ini mungkin ada sesuatu musibah atau petunjuk yang baik untuknya.
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua ni, orang ke atau ...??? Ahhh... Tak per lah..." Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati,"Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Aku dah agak tadi ini mungkin petunjuk yang baik buat aku. Memang ramai yang mendapat 'petunjuk' untuk menjadi kaya dengan cara sebegini. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku? Tak per... tak per... relax dulu... Ujian nie..." Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak" Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?" Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik." Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta. Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan. "Agak-agak ler kalo korang kat tempat si mamat tu apa perasaan anda??? Tebal 14 inci. hehehe... Jangan mareee yerrr..."

Pengajaran dari cerita tadi,
kalau orang bagi kaya mintak dia roti sekali. hehehe...

Tuesday, July 14, 2009

Matahari dari jarak 5000KM (Betul atau tak? Wallahualam...)


Nak tengok gambar besar, 'Click' jer pada gambar tuu.

Teringat plak pasal warna api neraka, dari merah, dibakar 1000 tahun, tukar putih,
dibakar 1000 tahun lagi, terus tukar warna hitam....
MasyaAllah, tengok tu warna hitam... yg itulah part paling panas dia... berapa juta
celcius lah agaknya tu....
Ni baru imej matahari pada jarak 5000km. Neraka?

Na'uzubillah...

imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

Forum Perdana Ehwal Islam


Di Surau An-Nur,
Bandar Baru Bangi, Selangor
17 Julai 2009 Jumaat
Selepas solat Maghrib

Semua dijemput hadir untuk menjayakan Forum Perdana ini. InsyaAllah...

Monday, July 13, 2009

Sambungan "Coretan buat Nurul Ain" Part 2

(Sambungan dari entry sebelum nie... Jangan nangis tau...)

"Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi. "Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah." Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik. Aku lihat Lotfi tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Lotfi sekarang. Betul-betul mengambil
kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku. "Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik." "Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Lotfi ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Lotfi ni. Kesian Lotfi." Berbakul-bakul ibu membela Lotfi. Eeeee....bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza aku dan Lotfi, ibarat panggang jauh dari api. "Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Lotfi akan membantu aku. "Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Lotfi menyokong aku. Lega rasanya di hati. Aku memandang Lotfi. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Lotfi. "Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Lotfi yang sebenarnya dibuat-buat.

************************************************************************
Aku terlalu rindukan Roshidi. Kenapa Roshidi tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Roshidi masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Roshidi sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Roshidi tahu mengenai masalah aku dan Lotfi. Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Roshidi langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Lotfi bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Roshidi yang betul-betul ikhlas menyayangi aku. Namun suara Roshidi hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Roshidi sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Roshidi pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpunca daripada Lotfi. Kadangkala aku terlalu bencikan Lotfi tetapi kehadiran Lotfi jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Lotfi yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku.
Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku. Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Lotfi? Bukan Roshidi? Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Lotfi. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Lotfi sehingga aku mati. Di mana Roshidi sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Lotfi dan Roshidi?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh...Terlalu sukar hidup ini. "Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Lotfi dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Lotfi. Ketika
itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu. Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Roshidi dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat. "Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara. Tapi bukannya aku marahkan Lotfi, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. Lotfi masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Lotfi. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Lotfi terus mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Lotfi menjadi sasaran aku untuk memukul. "Awak nak bawak saya ke mana ni? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara. "Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang." Lotfi....Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Lotfi menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Lotfi yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Lotfi. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Lotfi berubah menjadi kasih dan sayang pada Lotfi. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Lotfi yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Lotfi. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Lotfi walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan. Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Lotfi. Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Lotfi akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Roshidi. Kerinduan pada Roshidi sudah tiada lagi. Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Lotfi Bin Lokman, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Lotfi. Selepas ini Lotfi bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Lotfi dan gurauan Lotfi. Ooohh..TUHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang? "Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya." Lotfi mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Lotfi menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Lotfi dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Lotfi ketika itu. Lotfi, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Lotfi. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Lotfi. "Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Lotfi sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Lotfi tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaku. "Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Lotfi sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan dikepala. "Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Lotfi yang pernah aku jumpa. Betul ke dia ni atau sengaja nak memainkan aku? "Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Lotfi cakapkan sebentar tadi? "Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Roshidi selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Cafristroze? Saya jadi pelayan di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak." Lotfi menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan aku dan Lotfi tanpa aku mengenali siapa dirinya. Lotfi terlalu pandai menyimpan rahsia. "Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya. "Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya." Lotfi tertunduk menahan sebak di dada. "Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat...." Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Lotfi. Apa yang dia cuba maksudkan? Lotfi yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Lotfi yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan. "Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini." Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya. Percayalah Lotfi, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Lotfi hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah.
"Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak. "Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi.... Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Lotfi lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Lotfi pada diri ini.
Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu...Lotfi tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta Lotfi, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat Lotfi meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Lotfi tidak mampu untuk berhadapan dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Lotfi. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang. Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Lotfi biarpun Lotfi berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya....

"Bahawasanya saya penama diatas dengan ini
menceraikan NURUL AIN BT HAMDI dengan talak satu.
Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang
telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER
2002"


Dia benar-benar melakukannya... Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Lotfi lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang. Ooohh..Lotfi. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut? Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Lotfi.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Lotfi sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...

*************************************************************************************

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Lotfi. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Lotfi membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Lotfi tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Lotfi. Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Lotfi yang boleh menjadi suamiku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku. Tapi, di mana aku nak mencari Lotfi? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Lotfi tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya? Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Lotfi. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Lotfi tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Lotfi. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu. Lotfi telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu. Aku terlalu rindukan kehadiran Lotfi di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada Lotfi semakin hari semakin bertambah. Nama Roshidi terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Lotfi yang tertinggal di rumahku selepas Lotfi menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Roshidi di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Roshidi bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Lotfi tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya. Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang Lotfi lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Lotfi.....Di mana kau sekarang... Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Lotfi tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar Negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah. Aku menggantikan kerja-kerja Lotfi kerana Lotfi bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Lotfi. Lotfi kini berada di wad jagaan rapi (ICU). Lotfi sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk. Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Lotfi. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Lotfi dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan Lotfi sekali lagi. Lotfi...Ya Tuhan, selamatkan Lotfi. Andai ada jodohku bersama Lotfi, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurniamu... Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita Lotfi. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Lotfi. Bagaimana keadaan Lotfi sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaan Lotfi. Mungkin sekarang Lotfi amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Lotfi. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup. Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang undang ciptaan Tuhan selama ini. Lotfi...Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Lotfi tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila... "Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Lotfi sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Lotfi. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain....." Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk. Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Lotfi. "Maafkan Ain, Lotfi. Ain bersalah pada Lotfi dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Lotfi. Maafkan Ain, maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Lotfi yang wujud dalam diri ini tapi kini Lotfi meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Lotfi tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Lotfi malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Lotfi sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Lotfi meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik. Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Lotfi. Aku dapat merasakan Lotfi seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya. Lotfi, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!! Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Lotfi... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan. Sesungguhnya...syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang... Permata hati buat isteri yang disayangi Nurul Ain Bt Hamdi... Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas.... Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak... Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya. Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa... Namun, pemergian saya tak dirancang... Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak...
-LOTFI BIN LOKMAN-
01 JANUARI 2003

moral of the story : cintailah org yang menyintai kita setulus hati...
Walaupun aku seorang lelaki tetapi aku "hampir" mengalirkan air mata... Anda wanita??? Sudah tentu ler...

Thursday, July 9, 2009

"Coretan buat Nurul Ain" Part 1




TERLANJUR MENYINTAIMU - bacaan di masa lapang (Bukan masa kerja)


bacalah citer ni sedihnyaaaaa.................. harap2 kita boleh ambil pengajaran............. (Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun sudah meninggal dunia.) Nama Lotfi Lokman adalah rekaan semata-mata bukan Lotfi Lokman kat dalam blog http://na5wa.blogspot.com tuu tau... Rekaan jer tau... (p/s to Najwa : Jangan marah yerrr...)


Lotfi Lokman Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Lotfi tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Roshidi tidak seperti Lotfi? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain. Lotfi terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri. "Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke
mati. "Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya
bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak......" Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Lotfi. Bagi aku, Roshidi lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Roshidi sewaktu kami menyambung pengajian di London. Roshidi bijak memainkan kata-katanya dengan rupa parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Roshidi, seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana. Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Roshidi kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Roshidi bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Roshidi supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Roshidi. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Roshidi. Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Roshidi masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Lotfi bermula. Aku telah dijodohkan dengan Lotfi oleh ayahku. Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Lotfi sedangkan Lotfi hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, Lotfi mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Lotfi sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Lotfi andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Lotfi memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari
keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri. Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Lotfi lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan Lotfi kerana aku menyangka Lotfi bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu. "Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon dihadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita." Aku tidak berani memandang wajah Lotfi ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Lotfi memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Roshidi. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara
yang lain. Lotfi merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya
ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Lotfi dan cuba berlagak serius.
"Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli Lotfi. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.

"Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Dato' Hamdi..." Ungkapan pertama keluar dari mulut Lotfi. Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Lotfi masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Lotfi bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh...Lelaki, semuanya sama... "Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan
awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Dato' Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun. "Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." Lotfi tersenyum lagi. Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Lotfi membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut. "Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Lotfi. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya."Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!..... Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Roshidi masih kuat. Lotfi bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku. "Assalamualaikum...." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum aku
berjumpa dengan Lotfi, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Lotfi. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh....makin difikir, makin pening aku dibuatnya.

*************************************************************************************

Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Lotfi juga begitu. Perhubungan aku dan Lotfi memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Lotfi melafazkan akad nikah. Kami
hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Lotfi benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya
melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Lotfi bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu. "Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akanpatuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak." Tiba-tiba Lotfi memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Lotfi semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Lotfi cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya. "Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!! "Cinta saya hanyalah untuk Roshidi. Awak tahu bukan? Roshidi lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani. Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Roshidi semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat. Lotfi hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba. "Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata Lotfi kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Lotfi. "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa Lotfi lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu dibilik." Lotfi berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Lotfi masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku. Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Lotfi supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak. Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Lotfi tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Lotfi masih lagi menyayangi dan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Roshidi di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Roshidi aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Roshidi dalam diri Lotfi. Sampai bila aku mampu bertahan. Lotfi terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Lotfi sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat dirumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Lotfi menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Lotfi yang tinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Lotfi akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampir
terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang...

Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Lotfi. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Lotfi ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada
dalam diri aku sekarang "Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni
tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi Lotfi. "Saya tunggu awak...." "Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budakkecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?" "Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni." Lotfi mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluar pun sebab kerja banyak. Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Lotfi. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah. "Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang." Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.." "Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Lotfi terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan. Sesekali aku menjeling ke arah Lotfi yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Lotfi. "Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah..." Lotfi menasihati aku. Langkahku terhenti. "Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras. "Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat,"Lotfi mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...? Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami. Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Lotfi sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Lotfi bijak memainkan peranannya sebagi suami. "Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Lotfi tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng. "Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salah ke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak.. "Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Lotfi menyampuk. Aku menjeling pada Lotfi. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.

(Bersambung esok)

Makhluk halus (Katogeri bukan hantu@Pontianak@bla...bla...bla...)