Tuesday, June 30, 2009

Main-main...







Cerita ini adalah dari email seorang kawan aku.
(Mungkin cerita ini adalah rekaan semata-mata atau benar-benar berlaku)
Wallahhualam...

Secebis kisah buat si ayah

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri
dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.

"Papa! Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak
dengar," Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

"Buku baru ya?"
saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk.

"Bolehlah Papa...sekejap saja. Ceritanya sedap." Rengek Serena enggan mengalah.

" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca..."

"Mama basuh pinggan. Alaaa..bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI..!!!" Tak reti bahasa ke? Pergi sana !!!!" saya jerkah.
permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak
menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu
dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh
ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara,

"Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,
dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,
Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak
lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.



"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
tersenyum.

"Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya.

"Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam.. Saya terus menyuap
makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!..katanya.

Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.
tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi
suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
Mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila
pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai di ribaan
seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya,
masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
hatinya.


"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya
Dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu
nafasnya tersekat-sekat.

"Papa..Mama. .Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang…

Mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil
membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di
bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk Hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan
diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi
katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.

Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak
dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya,
saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.

Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Serena, sementara
isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan
kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.

Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa.. nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau
setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Black and White





Berhenti sekejat dan senyum seketika

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya....?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

Ayat KONFLIK melayu-Jepun
Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, INFLASI, PPSMI dan gossip sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.

01. Yang pemarah - KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – RIKIYA SAYORI

03. Yang suka layan blues - APOLO NADIKATO

04. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

05. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARASUKAMURA

06. Yang bisu - KIETA TADASORA

07. Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADAMOKA

12. Yang kena tinggal bini - SOSAHATIE BINELARI

13. Yang suka merempit - SAJA CHARIMATI

14. Yang suka mengular – KAZUHERO OSAWA

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

HE HE HE…ADE KE NAME CAM 2?


p/s
Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

Tetiba jaa minat aku bertambah pada binatang kecil ciptaan Allah SWT












Rehatkan sekejap mata anda yang sedang asyik memerhati haiwan kecil tuu jer dengan membaca 'kisah benar' mamat nie kejap....

"Aku terpaksa menjadi gigolo" (FAKTA PLUS!!)

Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)

Seorang pemuda frust mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, berahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, "Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huahaha..ha. .ha..


Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...
Sudah... sudah... teruskan meneliti haiwan kecil aku nie... Jgn marah yer...